Jalan-jalan ke pasar raya
Hendak membeli buah rambutan
Berhati-hati di jalan raya
Jangan lupa jaga keselamatan.
Pergi ke pasar beli rambutan
Rambutan pulasan sedap rasanya
Jangan lupa jaga keselamatan
Keselamatan itu amat beharga
Rambutan pulasan sedap rasanya
Kulitnya tebal manis isi-nya
Kalau kita selalu berwaspada
Kita akan selamat selamanya
Md Irfan
6^c2
Sunday, March 20, 2011
pantun nasihat- keselamatan
Posted by Wira dan Wirawati at 6:57 AM 0 comments
Sunday, March 13, 2011
Pantun untuk Jepun
Ayah dan emak dapat menantu,
Tsunami datang tidak menentu.
Pergi kedai beli lencana,
Negeri Jepun dapat bencana.
Mirza
6^C1
Posted by Wira dan Wirawati at 3:45 AM 0 comments
Pantun
Badan letih tidak bermaya,
Perut pula rasa memulas,
Kalau kita ingin berjaya,
Mesti buang sifat malas.
Mirza
6^C1
Posted by Wira dan Wirawati at 3:27 AM 0 comments
Sunday, March 6, 2011
karangan soalan 2-ibu!
"Ibu,tengoklah kertas ujian saya ini.Saya mendapat markah penuh!"aku memekik keriangan sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah.Tiba-tiba langkahku terhenti.Aku terkejut melihat Ayah dan Abang berada di ruang tamu. Bukankah mereka sepatutnya sedang bekerja? Aku pun menunjukkan kertasku kepada mereka berdua. Mereka berdua tidak menghiraukan aku sama sekali. Air mata mereka pun mengalir di pipi mereka. Aku seperti biasa meletakkan begku di bilik dan aku mencari ibu tetapi ibuku tiada di dapur atau di bilik. Di manakah ibuku pergi? Selalunya dia berada di rumah pada waktu begini. Aku pun bertanya dengan abangku dan dia berkata dengan sedih “jiran-jiran kita menjumpai Ibu pengsan di pasar dan mereka pun menghantar ibu ke hospital.Kami menunggumu hingga pulang supaya kita dapat pergi besama-sama”.Ayah,abang dan aku akhirnya pergi ke hospital.
Selepas beberapa minit ayahku memandu,kita pun sampai akhirnya.Kami tunggu di luar ICU. Seorang Doktor pun keluar dari bilik itu dan terus berjumpa dengan ayahku.Alangkah terperanjatnya ayahku dengan berita itu. Dia pun memberitahu aku dan abangku. Air mata kami terus mengalir seperti air sungai yang deras.Kami pun melihat ibu di dalam.Aku tidak boleh membayangkan bagaimana ayahku berasa apabila dia thu bahawa ibuku telah menghidap barah payu dara .Aku amat menyesal dengan apa yang telah ku buat terhadap ibuku selama ini. "Ya Allah,ampunilah dosa hamba, ya Allah”,bisik hatiku.
Sebulan selepas itu,ibuku sudah dapat pulang ke rumah.Aku pulang dengan ghairah pada hari itu.Alangakah terperanjatnya selepas aku melihat ramai orang berada di rumahku.Aku diberitahu bahawa ibuku telah meninggal dunia.Alangkah sedihnya aku.Aku berasa seperti awan telah jatuh ke bumi.Aku mengikuti jenazah arwah ibuku ke pusara abadi.Aku tidak sangka ibuku ada menghidap penyakit kanser payu dara. Aku hanya mampu berdoa supaya ibuku tenang di alam sana.Aku hanya berharap roh ibuku dirahmati Allah. Amin.
MD IRFAN
6C2
MD IRFAN
6C2
Posted by Wira dan Wirawati at 10:04 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)