BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 19, 2011

Karangan Soalan 2 Ibuku Tersayang

             "Ibu,tengoklah kertas ujian saya ini. Saya mendapat markah penuh!" aku memekik keriangan sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba langkahku terhenti. Aku terkejut melihat Ayah dan Abang berada di ruang tamu. Bukankah mereka sepatutnya sedang bekerja?...

             Sedang aku memikirkan appa yang berlaku, adik kesayanganku yang berumur lima tahun keluar dari biliknya sambil berteriak...

             "Yay! Abang Zack sadah balik!"

             "Ya, Abang Zack sudah balik,Sarinah pergi main dengan mainan Sarinah nanti Abang Zack datang."

              Selepas adikku memasuki biliknya,aku pergi menghadap Ayah dan Abang. Aku melihat wajah mereka yang aku rasa resah dan sedih terpampar di muka mereka berdua. Aku bersa sangat hairan. Aku pun meberanikan diri lalu menanya mereka apa yang berlaku.Selepas diberitahu,aku berasa bahawa dunia sudah tiada. Awan yang berat menghempap aku. Aku berasa macam hendak bunuh diriku. Aku berasa tiada sebab aku patut hidup. Aku berasa macam tidak boleh bernafas.

              Kami semua pun bergegas ke hospital,sebaik sahaja di sana doktor pun keluar dari bilik kecemasan. Dia menyuruh Ayahku berjumpa dengan dia. Aku dapat melihat muka yang hampa disebalik muka doktor itu. Aku mula bernangis, adakah nyawanya akan berhenti di sini? Adikku,Zamri perlu mangambil rawatan dengan segera. Adikku telah terlibat dalam suatu kemalangan. Ketika dia hendak pergi ke kedai,sebuah kereta yang berjalan dengan laju telah melangar adikku.

              Apabila mendengar bil pembedahan itu kami semua tercengang. Ia sangat mahal kerana penyakit adikku itu sangat jarang. Tiba-tiba aku terlihat wajah yang sangat aku kenali. Alangkah terperanjat apabila wajah itu milik Ibukku. Selepas mendengar apa yang berlaku,Ibukku dengan sukarela hendak membayar bil pembedahan untuk adikku. Aku sangat gembira. Adikku akan selamat.

              Beberapa bulan kemudian...

              Aku menurun tangga di rumahku kerana hendak bersarapan. Sebaik sahaja aku di ruang makan aku melihat lima wajah melihat ke arah ku iaitu, Ibuku,Ayahku,Abang Zein,Adikku Sarinah dan juga Adikku Zamri. Aku terimbas semula tentang kemalangan yang menimpa Zamri. Ibukku telah membayar bil pembedahannya. Itulah sebab Zamri masih hidup. Itulah sebab mengapa Ibuku tersayang. Akibat Ibuku tersayang,kami sekeluarga yang gembira.


Muhd Hisyam 6^C1

0 comments: