BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 7, 2011

Nenek( soalan 2)

Soalan 2:

..Muka ayah  dan abang kelihatan pucat lesi. Apakah yang telah berlaku? Mungkinkah mereka dibuang kerja? Aku dilanda keresahan. Mereka sahaja yang ibu harapkan untuk mencari rezeki supaya makanan sentiasa tersedia. Aku terlalu muda untuk diharapkan mencari rezeki buat keluarga.

"Mari sini,ibu hendak mengumumkan sesuatu perkara yang penting." bicara ibu dengan lembut.

Aku menelan air liur. "Ada apa ibu?" jawabku. Jantungku berdegup kencang. Berita buruk apa yang agaknya akan disampaikan ibu sehinggakan seluruh keluarga turut mendengarnya?

"Asriah, buat bertenang, ya," ibu menenangkanku, aku menarik nafas panjang,"nenek sudah meninggalkan kami semua." Hatiku bagai dihiris-hiris mendengar berita itu. Apa yang disangkakan ternyata tidak benar. Bukan ayah dan abang dibuang kerja, malahan sesuatu yang lebih buruk lagi. Aku merasa bagai langit sudah jatuh ke bumi. Impianku untuk melawat nenek semasa percutian sekolah berkecai bagai kaca terhempas ke batu. Aku teringat akan kenangan manis bersama nenekku di kampung...
(empat tahun dahulu...)

"Nenek, boleh beli aiskrim?" tanyaku. "Boleh, asalkan Asriah selesai makan nasi,ya?"kata nenek,menjawab pertanyaanku.

Aku tersenyum sendiri. Itulah kenangan yang masih tidak dapatku lupakan. Tetapi, kegembiraan itu tidak berpanjangan. Setahun selepas itu, nenek disahkan menghidap barah paru-paru dan di tahap akhir, dan dijangka dapat hidup mungkin hanya setahun lagi. Tetapi, Allah maha penyayang dan nenek dapat hidup lebih dari doktor jangkakan,mengejutkan dunia sains dan perubatan.

Walaupunku tahu yang masa nenek akan tiba, tidak kami sangka ia akan secepat ini. Malam itu juga, kami mengemas barang-barang untuk berangkat ke kampung halaman nenek di Johor. Kami tiba di sana beberapa jam kemudian. Acara pengebumian akan berlangsung keesokan harinya.

Akhirnya, nenek telah selamat disemadikan. Aku berasa sedih kerana nenek sangat rapat denganku, terutama sekali apabilaku memerlukan tempat berteduh,tempat aku meluahkan perasaanku. Dia seperti sahabat baikku. Pada masa yang sama, aku turut bersyukur kerana nenek tidak menderita lagi. Walaupun nenek cuba untuk menyembunyikan kesakitan kerana penyakitnya itu, ia masih terpancar jelas di wajahnya. Moga-moga rohnya dirahmati Allah. Amin.

~Dari: Fatin 6 C1

0 comments: