BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 12, 2011

Karangan Soalan 2

         "Ibu,tengoklah kertas ujian saya ini.Saya mendapat markah penuh!"aku memekik keriangan sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah.Tiba-tiba langkahku terhenti.Aku terkejut melihat Ayah dan Abang berada di ruang tamu.Bukankah mereka sepatutnya sedang bekerja?Saya pun meletakkan beg di bilik lalu mencari ibu.Selepas puas mencari ibu,aku pun bertanya ayah dan abang di mana ibu.Mereka berdiam sahaja seperti tiada apa berlaku.

           Ayahku memberitahu kepada bahawa ibuku telah dihantar ke hospital akibat kemalangan jalan raya.Ibuku sedang memandu kereta ke pasar.Dalam perjalanan ke pasar,ibuku sedang sibuk berbual dengan kawannya dalam telefon bimbitnya itu.Tiba-tiba,sebuah kereta muncul dan ibuku tidak sempat mengelak dari melanggar kereta itu.Ibuku cedera ringan sahaja.

          Ayah  membawa aku dan abang ke hospital untuk melawat ibu.Sebelum melawat ibu,kami singgah ke kedai bunga.Kami membeli  beberapa tangkai bunga untuk ibuku yang tersayang.Apabila sampai di hospital,aku berlari pantas ke wad ibuku.Bila ternampak ibu,aku terus memeluknya dengan erat.Air mata mula mengalir di pipiku diikuti dengan sedu-sedan yang menyayat hati.Aku memberitahu ibu tentang keputusan ujian itu dan ibu berasa amat bangga dengan kejayaanku.Aku berasa amat lega kerana ibu tidak mengalami kecederaan serius.Ibu akan berada di hospital untuk beberapa hari.Aku berdoa agar ibu cepat sembuh.


Muhd Mirza
6^C1

0 comments: