BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 12, 2011

Karangan(Soalan 2):Maafkan aku ibu

"Ibu, tengoklah kertas ujian saya ini.Saya mendapat markah penuh!"aku memekik keriangan sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah.Tiba-tiba langkahku terhenti.Aku terkejut melihat Ayah dan Abang berada di ruang tamu.Bukankah mereka sepatutnya sedang bekerja?Aku pun medekati mereka.Mereka kelihatan sangat sedih.Aku pun tanya abang aku mengapa mereka tidak bekerja.Abangku tidak menjawab.Kemudian, Ibuku keluar dari biliknya bersama beg-beg yang besar.Aku terperanjat.Ke manakah Ibuku mahu pergi?Sepertinya tiada seorangpun yang boleh melihatku.Dengan muka yang muram, Ibuku meninggalkan kita.Aku pun mengikutinya.Mengapa Abang dan Ayah tidak mengikut Ibu?Aku tidak kisah tentang mereka.Sekarang aku mahu tahu, apa yang telah terjadi?Sedang dia berjalan, dia  berkelang-kabut.Ibuku berjalan sampai ke rumah makcikku.Muka makcikku pun kelihatan muram dan juga cermas.Mereka masuk.Aku pun ikut.Mereka bercakap tetapi aku tidak boleh dengar apapun.
Selepas beberapa minit berlalu,aku pun pulang untuk mengecek keadaan Abang dan Ayahku.Mereka sedang tidur lenyak di ruang tamu.Seperti mereka tidak tidur sepanjang hari!Aku pun mula berasa lapar."Ibu!Mira mahu makan sekarang juga!"aku menjerit.Dengan biasa, selepas aku mejerit, aku masuk ke dalam bilikku dan main komputer riba.Selepas itu, aku keluar dari bilikku untuk menjamu makan malam.Banyak lauk-pauk dan makanan yang dihidangkan.Aku terus menaruk lauk-pauk dan makanan itu di sebuah pinggan yang sudah disediakan. Aku makan dengan penuh gembira.Aku terlupa akan kejadian yang baru berlaku tadi.Ibuku larikan diri.
Tiba-tiba, makanannya menjadi tidak sedap.Aku pun memuntahkannya.Aku terpranjat yang apa yang aku muntahkan adalah ulat-ulat yang sudah mati.Baunya sangat busuk!Aku pun memekik.Semakin lama aku pekik, semakin banyak ulat-ulat yang mati di lantai.Aku pun pitam.
"Mira?Bangun Mira!"Suara Ibuku didengar.Mataku pedih.Jadi, aku membukanya dengan perlahan.Semuanya hanya sebuah mimpi.Ibuku di sebelahku.Dengan tiada halangan, aku meminta maaf kepada Ibuku kerana menjadi anak yang derhaka.Aku baru sedar yang aku menganggap Ibuku seperti pembantu. Mimpi itu menyadarkanku yang aku sudah membuat benda yang sangat salah.Aku meceritakannya kepada Ibuku.Dia gembira yang aku sudah sedar.Air mataku menitis.Aku memeluk ibuku.Ini adalah sebuah petunjuk daripada Allah.Aku bersyukur kepada Allah.






~Jannah
   6C1

0 comments: